Sejarah Institusi Pendidikan Hira'

Institusi Pendidikan Hira' bermula dengan penubuhan Sekolah Rendah Islam Hira' (SRIH) pada tahun 1985 di Seksyen 3 Shah Alam, Selangor. Bagi menampung pertambahan pelajar, pada tahun 1987, SRIH telah berpindah ke tapak yang disewa di Lot 237 -S, Kampung Batu Belah, 42100 Klang, Selangor. SRIH telah mengambil bahagian dalam peperiksaan UPSR dan SDE (SPRA) mulai 1993.

Sehingga tahun 1990, genap tahap persekolahan dari tahun 1 hingga tahun 6. Generasi pertama SRIH telah melanjutkan pengajian mereka di SMI Al-Amin Kuala Lumpur di tingkatan satu. Awal 1992, pelajar-pelajar ini kembali menyambung persekolahan di Sekolah Menengah Islam Hira' (SMIH) di Kampung Batu Belah, Klang. Mereka telah menduduki PMR pada tahun 1993 dan SPM pada tahun 1995. Menjelang 1999 SMIH telah berpindah ke tapak sendiri di Jeram, Kuala Selangor.

Beberapa orang pelajar telah menyambung pengajian Al-Quran di Maahad Tahfiz Al-Qu'ran Hira'. Beberapa orang pelajar pernah mendapat biasiswa pelajaran ke Kuwait.

Kebanyakan pelajar lepasan SMIH berjaya melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS di dalam mahupun luar negara. Dalam tahun 1995 juga pihak Institusi telah mengambil alih sebuah tadika dan telah diuruskan sepenuhnya dengan nama Tadika Islam Hira' Rantau Panjang. Kemudian tadika dibuka di Batu Belah dan Jeram.

Faktor Penubuhan

  1. Memenuhi hasrat pendidikan Hira' itu sendiri untuk berkembang atau menubuhkan cawangan
  2. Tenaga pendidikan Hira' yang sedia ada telah berpengalaman dan dirasakan mampu menyebarkan Falsafah Pendidikan Hira' untuk dirasai oleh masyarakat.
  3. Setiap tahun kemasukan murid tahun satu di Batu Belah terlebih daripada kemudahan kelas yang disediakan iaitu 80 hingga 100 murid
  4. Memulakan proses mentadbir pendidikan secara profesional untuk menawarkan kepercayaan kepada masyarakat terhadap sistem pendidikan Islam adalah pilihan yang terbaik.
  5. Untuk SMI, kemampuan SMI di Jeram adalah terhad untuk 2 dan 3 tahun ke hadapan nanti sedangkan permintaan semakin meningkat.
  6. Memberi peluang kepada SMI Hira' di Jeram bagi merancangkan pembangunan infrastruktur dengan lebih sempurna iaitu dengan memberi ruang masa 2 hingga 3 untuk mengumpulkan dana yang secukupnya bagi menyiapkan kompleks IPH.
  7. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar SRI yang tidak mahu tinggal di asrama tetapi ingin meneruskan pengajian mengikut kurikulum pendidikan Hira'.